Best Atau Tidak Jadi Shaklee Leader?

Hello semua, selamat melangkah ke bulan Februari. Hari ini saya mau kongsikan aktiviti saya awal bulan Februari ini. Dan mestilah yang berkaitan dengan tajuk kan? Janganlah saspen.

Tahun lalu, saya terima email dari Shaklee yang mengatakan saya dijemput untuk menghadiri 2018 Shaklee Business Leaders National Conference (BLNC). Majlis ini adalah khas untuk member Shaklee yang sudah bergelar pemimpin, dari Supervisor sampailah Master dengan syarat kenalah efektif sekurang-kurangnya 3 bulan dalam tahun pusingan 2017.

Kali ini BLNC diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 3 February 2018. Masanya pula bermula daripada jam8 pagi sampai jam5.30 petang. BLNC membincangkan plan business Shaklee untuk tahun 2019 dan seterusnya membongkar produk baru yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Yang paling teruja adalah rangkaian penjagaan kulit YOUTH™ akan dilancarkan pada Mac 2018. Tanpa fikir panjang, saya terus RSVP kehadiran sekali dengan suami tercinta.

Lepas RSVP, check tiket pula. Pada mulanya fikir mau buat day trip saja, oleh kerana ini adalah pertama kali dapat jemputan ke BLNC, saya mengambil peluang untuk melawat sepupu yang terkasih di semenanjung. Rezeki yang saya terima semua ini tidaklah berhasil tanpa usaha dan sokongan dari keluarga. Jadi saya angkut anak dan suami sekali akan tetapi suami pula ada training lain masa waktu yang sama. Saya dan anak sajalah yang terbang ke semenanjung sehari sebelum BLNC.

Oleh kerana teruja dengan BLNC, saya packing barang untuk saya dan anak 2 hari sebelum terbang ke KL. Apabila kita suka buat sesuatu, pasti ada dorongan yang membuatkan kita berusaha untuk bersungguh-sungguh bukan? Harapan saya, tahun depan saya akan bawa anak anak Shaklee saya juga bersama sama ambil pengalaman yang membuatkan saya teruja ini.

Saya akan kongsikan pengalaman ketika saya berada di BLNC di post yang akan datang. Subuh nanti saya kena terbang ke Miri untuk kembali bertugas. Ya, baru saja sampai KK berapa jam tadi, beberapa jam lagi kena terbang lagi ke Miri untuk kembali bertugas karier yang saya sangat sayang juga. Selamat malam (atau selamat subuh?) Jangan lupa, kalau berminat jadi business partner saya whatsapp saja saya ya? 016-8128716 (Whatsapp buka 24 jam)

10 tips jaga kesihatan jantung.

Jantung oh jantung..
 
Kita makan, dia jalan..
Kita minum, dia jalan..
Kita mandi, dia jalan..
Kita tidur, dia jalan..
Dia berhenti, KITA jalan..
 
Saiz jantung walaupun ikut saiz genggaman kita saja, tapi fungsi dia sangat penting. Apabila jantung bermasalah, macam macam penyakit yang timbul, betulkan?
Tahukah Anda?
Berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia (2011) lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Ini saya mau share 10 tips untuk menjaga kesihatan jantung.
 
♥ Tips 1: Bernafas
Bernafas dengan teknik yang betul akan mengurangkan beban jantung dan organ badan akan mendapat oksigen yang mencukupi. Ia juga dapat mencegah hipertensi.
degup_jantung
Tips 2: Berehat
Berehat dengan cukup dapat menurunkan tekanan darah dan hormon stress yang boleh mendatangkan keburukan pada jantung dan sistem kardiovaskular.
 
Tips 3: Tidur malam yang berkualiti
Rutin tidur awal baik untuk jantung. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang kebiasaannya tidur lewat malam mengalami pengerasan pembuluh darah. Pengerasan pembuluh darah ini merupakan gejala awal penyakit jantung. Semasa tidurlah badan kita akan melalui proses pemulihan. Untuk tidur yang lebih berkualiti pastikan kita tidur dalam keadaan gelap.
 
Tips 4: Senaman jalan kaki
Berjalan kaki tidak mengeluarkan banyak tenaga namun ia mampu memberikan otot kaki yang lebih sihat. Gerakan badan akan mengalirkan darah dengan lebih lancar ke seluruh badan. Berjalan kaki sejauh 3 km setiap hari mampu menjaga berat badan, menguatkan jantung dan meningkatkan peredaran darah.
Periksa_Jantung
Tips 5: Berhenti merokok
Rasanya semua orang pun tahu akan keburukan rokok pada manusia. Nikotin dalam rokok akan mengurangkan kadar oksigen dalam jantung, meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung, meningkatkan risiko penggumpalan darah dan merosakkan dinding pembuluh darah dalam jantung.
 
Karbon dioksida yang disedut dari asap rokok akan mengambil alih sebahagian komposisi oksigen di dalam darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras bagi mencukupkan kadar oksigen di dalam darah.
 
Tips 6: Bersenam
Sesibuk mana sekalipun, carilah masa untuk melakukan senaman minimum 30 minit setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Lakukan senaman kardiovaskular seperti berlari, berbasikal dan berenang untuk pernafasan yang lebih baik dan juga meningkatkan tahap kesihatan jantung.
smile
Tips 7: Senyum
Tips yang paling mudah dilakukan untuk jantung yang sihat adalah senyum. Senyum dan ketawa dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan beban salur darah dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
 
Tips 8: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
Elakkan makan makanan segera, kandungan garam, kolestrol, gula, bahan perasa dan bahan pengawet yang tinggi di dalam makanan yang mampu membuatkan anda obes. Jantung anda akan mengundang masalah dan juga penyakit-penyakit kronik.
minum_air
Tips 9: Kerap minum air
Setiap berat badan 25kg memerlukan 1 liter air sehari. Jadi pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya mengikut keperluan berat anda. Minumlah air dengan mencukupi agar peredaran darah dan tugas jantung kita menjadi lebih lancar.
 
Tips 10: Amal Suplemen Semulajadi
Pengambilan suplemen yang bagus dan natural adalah salah satu langkah untuk menjaga jantung dan juga menguatkan daya ketahanan tubuh manusia.
 
Saya pilih 3 suplemen semulajadi untuk penjagaan jantung saya.
 
Vivix (1 botol – RM503.50 incl. GST)
Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.
 
OmegaGuard (1 botol – RM144.43 incl. GST)
Omega Guard yang diperkaya dengan Omega 3 sangat berkait rapat dengan penjagaan jantung. Ia mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.
Spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.
Phytocol-ST (1 botol – RM209.35 incl. GST)
Phytocol-ST pula untuk mereka yang berkolestrol tinggi, gemar memakan makanan berminyak. Dengan pengambilannya sebelum makan dapat menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.
Sunset chaser
Kalau kira keseluruhan suplemen ni berjumlah, RM857.28 termasuk GST. Tapi saya bayar kurang daripada RM700 sebab saya member Shaklee. Itulah kelebihan jadi member Shaklee. Lebih jimat untuk kesihatan badan sendiri
 
Kalau berminat mau order, whatsapp saja. Kalau boleh, banyak benda lagi saya mau kongsi, tapi jadi stress nanti kamu. Hehe..Senyumlah sikit..
 
Girllyen Marcie
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
SID: 1069806
Phone: 0168128716

3 Keistimewaan Shaklee

Selamat berhujung minggu semua. Apa sarapan hari minggu? Pasti ada yang buat special occasion hari minggu ini bukan? Harap semua enjoy dan sihat di samping keluarga tercinta.

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai Shaklee. Orang lain sering kaitkan Shaklee ini adalah MLM yang menjual produk supplemen sahaja. Namun begitu, Shaklee bukanlah setakat menjual supplemen sahaja.

Shaklee Corporation adalah pengilang dan pengedar Amerika bagi suplemen pemakanan semula jadi, produk pengurusan berat badan, produk kecantikan, dan produk isi rumah. Syarikat ini berpusat di Pleasanton, California dengan operasi global di Canada, Jepun, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia.

Shaklee merupakan syarikat semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat (No 1 NATURAL NUTRITION company in the US). Dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Kisah Shaklee bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.

Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Shaklee juga menawarkan peluang pendapatan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk Shaklee.

Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar Shaklee, dan saya menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.

Saranan Shaklee bukan tertumpu kepada pengambilan suplemen secara bijak sahaja, tapi mengajar kita pelan pemakanan sihat termasuklah pilihan yang menekankan kepada pengambilan buah buahan, sayur sayuran, bijian penuh dan produk susu bebas lemak atau rendah lemak.

Selain daripada itu, bersenam juga penting untuk mencapai berat yang sihat. Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihtan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Dan sudah tentunya mengambila suplemen secara bijak. Selama lebih 60 tahun, keluarga berbilang generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan – menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi DAN terbukti berkesan.

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Shaklee melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa, dan anda sentiasa mahu berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan mengenainya.

Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.

Ia selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan.

Cuba amal Shaklee hari ini, pasti anda akan jatuh cinta. Lanjutkan pesanan anda kepada saya. Saya akan membantu anda cara pengambilan vitamin dan seterusnya mengajar anda menjana pendapatan sampai infiniti income.

Girllyen Marcie (#Focus369)
Your Trusted SID
Pengedar Shaklee
Seluruh Malaysia
Tel: 0168128716
Email: detoxbah@gmail.com
FB: Facebook Page
Instagram: DetoxBah Instagram

* Walaupun produk-produk ini banyak memberikan manfaat, tapi produk produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

3 Cara Mulakan Perniagaan Shaklee

Secara jujurnya, tidak susah untuk berjaya dalam business ni kecuali RAJIN, SABAR dan KUAT BERUSAHA. Kita hidup di bumi yang bulat, dan semua benda sentiasa berkait rapat, orang putih cakap ‘Connected’. Yang menyempurnakan kehidupan kita adalah Segi Tiga. Kenapa segi tiga? Sebab kebanyakkan faktor berjaya dipengaruhi dengan 3 aspek. Contohnya, orang yang ingin berkahwin, dia kena bercinta atau merisik dulu, lepas tu tunang atau kahwin terus, lepas tu ada anak. Untuk dapatkan lesen memandu, pertama kita kenalah belajar dulu, lepas tu ujian memandu, barulah dapat lesen memandu. Pemanduan yang selamat juga perlukan tiga segi ini, faktor Pemandu, Kenderaan dan Teknik Pemanduan yang betul barulah kita sampai ke satu destinasi yang di tuju dengan selamat. Bayangkan ada kenderaan, dan teknik pemanduan tapi pemandu dia mabuk, bahaya bukan? Ataupun pemandu memang terlatih, teknik memang high class la orang cakap, tapi kereta pun kurang tayar, jawapan dia tetap bahaya. Kalau salah pakai segi tiga apa akan jadi? Cinta tiga segi la nama dia. Hahaha! Just kidding.

So malam ini, saya mau kongsikan sedikit bagaimana mulakan business Shaklee. Ramai di luar sana yang suka buat business bukan? Ada yang minat, ada yang sebab terpaksa. Ya lah, sekarang kalau gaji RM1,200 saja, macam mana mau survive. Kalau dapat kawan yang berlagak lagi, mau juga ikut lagak dia, lagak papa kedanalah jawabnya. Zaman sekarang, tidak ramai remaja atau dewasa yang berumur awal 20an pandai mengatur langkah business. Mereka beranggapan, selepas habis study, kerja hakiki adalah tapak permulaan menjana pendapatan atau sebab desakan untuk bayar balik PTPTN. Masalahnya, student mana ada duit banyak kalau mau buka business besar. Ada pun cukup untuk beli canopy setelah ikat perut 6 bulan untuk berjualan di tepi jalan. Dengan Shaklee, sangat mudah, hanyalah bermodalkan RM69 sahaja, siapa saja yang berumur 18 tahun ke atas layak memulakan business Shaklee.

3 Cara Mulakan Perniagaan Shaklee

  1. GUNA – Kenali Shaklee tidak sah dengan terus mulakan business tanpa mencuba produknya dahulu. Tidak salah membuat sedikit research sebelum memulakan perniagaan bersama Shaklee, namun begitu berkenalanlah dengan Shaklee melalui penggunaan produk Shaklee. Kalau rasa produk Shaklee mahal, cuba Peppermint-Ginger Plus Shaklee (90 Tablet) dengan harga RM50.35 sahaja. Peppermint Ginger Plus mengandungi formulasi 4 herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut. Pudina dan halia sering digunakan secara tradisional bagi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga membantu melawaskan penghadaman. Jadilah diri anda sebagai testimoni yang terbaik.
  2. KONGSI – Selepas mendapat manfaat daripada pengambilan produk Shaklee, kongsikan pengalaman anda. Saya percaya pasti keputusannya baik sekiranya diambil dengan konsisten. Ceritakan bagaimana Shaklee tengah mengubah kehidupan anda, daripada kurang sihat jadi sihat, belajar tentang nutrisi dan kepentingannya dan semua perjalanan bersama Shaklee. Gandakan perkongsian sebab itu adalah perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mengembangkan perniagaan anda. Ingat apa iklan yang selalu kita tengok di TV? McDonald, KFC, Coca-Cola, semua ini makanan segera yang boleh memudaratkan sekiranya diambil terlalu kerap, tetapi kerana mereka tidak pernah putus mengiklannya produk mereka, business mereka semakin hari, semakin ramai. Sedangkan syarikat macam ini yang sudah mendapat untung berjuta ringgit, apa masalahnya kita beriklan untuk satu yang menjana kesihatan kita?
  3. BINA – Kembangkan perniagaan Shaklee anda dengan mengajar anak anak Shaklee anda. Zaman sekarang tidak perlu kita buat fully offline coaching, tidak perlu kita datang ke rumah downline, menyusahkan downline buat air lagi untuk explain itu ini. Downline yang bijak, akan cuba korek rahsia kejayaan anda, dan mereka tidak akan diam diam dan hanya tengok kamu berjaya. Malu bertanya sesat jalan bukan? Cuma, janganlah biarkan anak anak Shaklee kita macam begitu saja. Walaupun mereka join member hanya untuk makan supplemen, memberi semangat dan bagi petunjuk kepada mereka juga salah satu cara kembangkan perniagaan anda. Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jangan tunggu lama, sebab lagi lama kamu berfikir lagi lambat pulangannya. Bukan saja pulangan dari segi cash, untuk belajar juga memakan masa. Yang penting langkah pertama sudah dibuka.

IMG_7419

Apa keistimewaan kalau ambil Shaklee dari saya?

Ini feedback dari downline dan customer yang ambil dari saya:-
💚 Free consulation (Sudah Pasti)
💚 Dapat Free makan 😅 (Sekali sekala)
💚 Sometime Free Vitamin (Untuk testing)
💚 Tiada tekanan mau beli produk
💚 Tiada tekanan mau cari orang join business
💚 Banyak sharing resepi
💚 Banyak info menarik
💚 Senang tolak ansur
💚 Penghantaran yang mantap
💚 Chemistry yang jarang ada
💚 Paling best dapat jumpa saya 😍

Jadi siapa siapa yang rasa kurang kasih sayang berbusiness, betul betul mau jana income lebih, atau rasa mau cuba ESP kah,Vitamin C kah,jangan malu dan segan,PM sahaja. Saya akan cuba yang terbaik untuk memastikan kita puas hati. Saya jenis yang cergas dan ceria tanpa mengira bangsa dan agama. Bersikap terbuka walaupun diberi kritikan. 😁

 

 

Kalau berminat mau tau kelebihan Bisnes dengan teknik halimunan atau teknik ninja kami,boleh baca terus dibawah.
.
.
Kelebihan Bisnes dengan Shaklee
.
.
🌸Join member terus dapat:
Keuntungan beli harga ahli
Untung retail sehingga 25%
Peluang jana pendapatan demi kesihatan sekeluarga
Sesuai dengan Pelajar, Suri Rumah, Kekangan Pergerakkan, Sibuk dengan anak anak, etc.
.
.
🌸Kebebasan berurusan:
Transaksi pembelian boleh dilakukan di www.Shaklee2u.com.my dan branch terdekat anda
Boleh order online dan penghantaran terus ke pelanggan
Tidak perlu simpan stock
Tidak perlu modal ribu-ribu
Kumpul point dan tukar kepada bonus tunai setiap bulan serendah RM23 dan infiniti
.
.
🌸Bonus Reward:
Peluang Cash Bonus & Insentif
Peluang Insentif Kereta
Convention Shaklee
Percutian antarabangsa lima bintang
Peluang mengerjakan Umrah (Muslim)
Reward bonus dari leader leader
.
.
🌸Product knowledge & marketing:
Online coaching Telegram, Whatsapp, Video Live, etc.
Secret Group mengungkap Rahsia Marketing Online, Cara Menulis Blog, Cara Meluaskan Perniagaan, etc.
.
.
🌸Modal
RM68.90 atau FREE MEMBERSHIP dengan setiap pembelian 200uv seperti Twin Pack Vivix
.
.
Healthier Life, Happier Life

Untuk order direct dengan saya, whatsapp terus:

–> www.wasap.my/60168128716
–> www.wasap.my/60168128716
–> www.wasap.my/60168128716

Dapatkan Shaklee anda hari ini.

Contact saya untuk daftar secara esklusif.

Girllyen Marcie (#Focus369)
Your Trusted SID
Pengedar Shaklee
Seluruh Malaysia
Tel: 0168128716
Email: detoxbah@gmail.com
FB: www.facebook.com/detoxbah
Instagram: www.instagram.com/detoxbah

* Walaupun produk produk ini membantu meningkatkan kesihatan, tapi tidak bermaksud produk ini bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Sudah sedia untuk detox?

Pernah dengar detoks tapi tidak pasti apa kebaikannya? Atau tersilap faham antara detox dan toksin? Detox dan toksin bukanlah benda yang sama. Detox merupakan proses untuk membuang toksin atau racun dalam badan yang menyebabkan sistem badan kita lemah dan selalu jatuh sakit. Apabila terlalu tinggi toksin dalam badan, kita mudah merasa letih, kurang bermaya, cepat hidap penyakit, dan boleh mendapat penyakit yang kronik.

Banyak manfaat yang kita boleh terima melalui proses detoks. Dan terdapat berbagai jenis detox yang kita boleh amalkan. Antara kebaikan detox adalah:

  1. Membuang toksin dalam badan
  2. Mencegah penyakit kronik
  3. Meningkatkan fungsi sistem imun
  4. Membantu mengurangkan berat badan
  5. Melambatkan penuaan
  6. Meningkatkan kualiti hidup
  7. Meningkatkan tenaga
  8. Memperbaiki struktur kulit
  9. Memperbaiki emosi dan mental
  10. Mengembalikan keseimbangan kepada sistem badan kita

Terdapat 4 sebab utama kenapa saya memilih Shaklee Detox Plan.

  • Cara yang semulajadi untuk mulakan
    • Bukan saja terkenal dengan Landmark Study, tapi disokong oleh lebih daripada 100 tahun kepimpinan dalam pemakanan dan telah menerbitkan lebih daripada 125 kertas kerja saintifik dan pembentangan
    • Produk Shaklee terkenal dengan bahan-bahan Keaslian-Kualiti, Produk yang selamat, Kajian ekstensif, nutrian yang berkesan dan penyerapan yang lebih baik, lebih baik keputusannya
  • Direka khas untuk kamu
    • Shaklee detox supplement adalah terdiri daripada nutries semula jadi yang direka khas untuk memenuhi keperluan pemakanan anda
    • Mudah untuk menyesuaikan pelan detox yang sesuai dengan anda
  • Sokongan pendidikan
    • Mendapat bimbingan pakai dan sokongan dari pihak Shaklee
    • Disediakan latihan dan bahan-bahan pendidikan
  • Kembangkan pendapatan
    • Selain menjadikan diri sendiri lebih sihat, dengan perkongsian hasil perubahan yang positif, memberi peluang untuk mendapatkan prospek baru dan mengekalkan pelanggan.

Tidak seperti produk pencuci kolon atau laksatif, Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee menggunakan gabungan herba-herba dan nutrien semula jadi yang lain bagi menyokong proses detoksifikasi semula jadi anda. Mari kita lihat 5 produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar!

💚DTX® Complex

Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.*

💚 Herb-LaxTM

Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.*

💚 Alfalfa Complex

Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.*

💚 Peppermint-Ginger Plus

Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.*

💚 Vivix®

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Boleh beli dengan saya:

–> www.wasap.my/60168128716

–> www.wasap.my/60168128716

–> www.wasap.my/60168128716

Atau beli online terus dengar kad Debit/Kredit:

–> http://bit.ly/2qJfVUA

–> http://bit.ly/2qJfVUA

–> http://bit.ly/2qJfVUA

Dapatkan Shaklee Detox anda hari ini.

Contact saya untuk daftar secara esklusif.

Girllyen Marcie (#Focus369)
Your Trusted SID
Pengedar Shaklee
Seluruh Malaysia
Tel: 0168128716
Email: detoxbah@gmail.com
FB: www.facebook.com/detoxbah
Instagram: www.instagram.com/detoxbah

* Walaupun produk-produk ini banyak memberikan manfaat, tapi produk produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

10 Kelebihan Online Business

Kenapa business online jadi pilihan orang sekarang?

Sejak kebelakangan ini mesti news feed kamu dipenuhi dengan promosi jualan kawan kawan tidak kiralah direct selling ka, jual juadah ramadhan ka, baju raya baru dan banyak lagi. Saya sendiri pun tidak ketinggalan sebab sudah lama saya guna platform online untuk marketing business saya sendiri. Biarpun kecil, tapi impian saya besar. Bermula dari business fotografi, wedding planner, dan sekarang Shaklee. Oleh kerana wedding planner memerlukan ruang yang besar, saya serahkan semua sebahagian besar material saya kepada Cahaya Bridal. Selain kerja hakiki, saya masih lagi menerima tempahan sesi fotografi dan berkongsi kebaikan produk Shaklee kerana saya makan, saya alami kebaikannya dan tergerak hati ingin berkongsi dengan semua.

Mungkin anda juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan online. Bagus. Sebagai anak jati Sabah, saya sangat menyokong kawan saya yang berkecimpung dalam business online terutamanya orang Malaysia, dengan harapan perniagaan biarlah halal dan tidak menjatuhkan orang lain. Bersaing secara sihat. Bagi mereka yang belum memulakan langkah, bina impian dan mulakan sekarang. Setapak demi setapak, pasti akan berjaya suatu hari nanti.

10 Sebab Kenapa Saya Suka Business Online

1) Kos yang lebih murah
Sewa kedai di area KK untuk satu lot boleh mencapai sehingga 10ribu ringgit sebulan, belum termasuk utility dan kos modal untuk mulakan perniagaan. Tapi dengan business online seperi Shaklee, hanya modal RM69 atau terus ambil produk dalam lingkungan RM750 cukup melayakkan anda mendapat FREE MEMBERSHIP, bukan saja jimat RM69, tapi confirm dapat bonus pertama RM38 di bulan seterusnya. Tidak perlu buat loan, tidak perlu buat pinjaman berlesen. Berbaloi bukan?

2) Tidak perlu cari pekerja
Selepas modal, kita akan fikir siapa yang akan bekerja di kedai tu sekiranya kita buat secara sambilan ataupun mulakan sendiri. Contohnya mau buka kedai makan, takkan kita sendiri saja tukang masak, tukang buat kopi, tukang serve, betul? Dengan business online, kita buat sendiri, tapi macam saya, penghantaran Shaklee akan atur dengan courier services, customer akan datang jumpa saya, atau saya sendiri hantar kepada customer. Pengalaman berjumpa new customer yang paling berharga sebab berkenalan dengan kawan baru. 😊

3) Masa yang fleksibel (24 jam)
Bila bila masa buka atau tutup, sangat fleksibel. Tidak perlu kita kena bersiap awal pagi, selepas tu berkejar ke kedai untuk tunggu customer. Bangun dari tidur terus boleh layan customer dari handphone, set lokasi untuk penghantaran, online transfer untuk pembayaran. Sangat mudah dan masa itu semua dalam tangan anda. Cuma kalau tidak mula sekarang, semakin lambatlah pulangannya.

4) Tempat yang fleksibel
Di Shaklee kami semua mengamalkan Teknik Ninja ataupun Teknik Halimunan, waktu travelling dengan family, sales tetap masuk, business tetap berjalan. Aktiviti dengan keluarga lebih bermakna, tapi tidak bermakna business tidak berjalan. Itulah kehebatkan business online sebenar.

5) Customer satu dunia
Tidak perlu travel jauh untuk dapat deal yang besar, blog dan facebook ada. Gunakan semua media sosial yang percuma dan memberi peluang untuk kita terbang lebih jauh. Suatu hari nanti, pulangan business itu sendiri akan bawa kita ke tempat yang kita tidak pernah tujui.

6) Tiada Had Simpan Barang
Apabila business conventional kita semakin maju, contohnya kedai makan, kita kena buka satu lagi cawangan baru, kos lagi. Di Shaklee, semua stock ada dekat branch, tiada had simpan barang, penghantaran pun ditanggung. Semakin rajin, semakin banyak peluang untuk berjaya.

7) Risiko Rendah
Kalau buka kedai, mesti kita fikir safety dan security kedai tu. Kena fikir tempat yang strategik, tempat yang strategik sewanya mahal, tempat yang murah, berpotensi pula kena rompak. Customer yang datang belum tentu pembeli, siapa tahu criminal? Dengan online, kita boleh membuat analisa sebelum berjumpa dengan orang itu, kenalah bijak membuat keputusan. So far, semua customer saya baik baik belaka. Syukur kepada Tuhan.

8) Tiada had business
Business online tidak bergantung dengan satu jenis business saja, seperti saya, jual Shaklee, buat servis Fotografi juga. Ada yang buat sampai 10 jenis business online, jual tudung, jual nasi lemak, jual Shaklee, buat fotografi, sewa kereta, banyak! Terpulang dengan kemampuan, kalau mampu, apa salahnya kan?

9) Infiniti Income
Ada orang cakap, income pilot. Tidak perlu buka kedai, order masuk. Kita cuma deliver jika perlu. Sekiranya kita betul betul rajin, pasti income boleh mencapai 7 digit dan lebih!

10) Bina Peluang Pekerjaan
Dengan kewujudkan business online, bukan saja bantu kurangkan penganggur tapi memberi peluang kepada mereka yang tiada kerja hakiki untuk menjana pendapatan masing masing. Macam kebanyakan surirumah, kebanyakkan mereka sebenarnya berduit bukan sebab suami mereka bagi, tapi melalui business online saja. Bagi orang muda yang masih belum terokai business online, start sekarang.

Untuk mulakan perniagaan bersama Shaklee, whatsapp saya dan saya pasti akan bagi banyak tips tips untuk berjaya business online.

–> www.wasap.my/60168128716

–> www.wasap.my/60168128716

–> www.wasap.my/60168128716

Healthier Life, Happier Life

Girllyen Marcie (#Focus369)
Your Trusted SID
Pengedar Shaklee
Seluruh Malaysia
Tel: 0168128716
Email: detoxbah@gmail.com
FB: www.facebook.com/detoxbah
Instagram: www.instagram.com/detoxbah