Jantung oh jantung..
Kita makan, dia jalan..
Kita minum, dia jalan..
Kita mandi, dia jalan..
Kita tidur, dia jalan..
Dia berhenti, KITA jalan..
Saiz jantung walaupun ikut saiz genggaman kita saja, tapi fungsi dia sangat penting. Apabila jantung bermasalah, macam macam penyakit yang timbul, betulkan?
Tahukah Anda?
Berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia (2011) lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Ini saya mau share 10 tips untuk menjaga kesihatan jantung.
♥ Tips 1: Bernafas
Bernafas dengan teknik yang betul akan mengurangkan beban jantung dan organ badan akan mendapat oksigen yang mencukupi. Ia juga dapat mencegah hipertensi.
♥ Tips 2: Berehat
Berehat dengan cukup dapat menurunkan tekanan darah dan hormon stress yang boleh mendatangkan keburukan pada jantung dan sistem kardiovaskular.
♥ Tips 3: Tidur malam yang berkualiti
Rutin tidur awal baik untuk jantung. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang kebiasaannya tidur lewat malam mengalami pengerasan pembuluh darah. Pengerasan pembuluh darah ini merupakan gejala awal penyakit jantung. Semasa tidurlah badan kita akan melalui proses pemulihan. Untuk tidur yang lebih berkualiti pastikan kita tidur dalam keadaan gelap.
♥ Tips 4: Senaman jalan kaki
Berjalan kaki tidak mengeluarkan banyak tenaga namun ia mampu memberikan otot kaki yang lebih sihat. Gerakan badan akan mengalirkan darah dengan lebih lancar ke seluruh badan. Berjalan kaki sejauh 3 km setiap hari mampu menjaga berat badan, menguatkan jantung dan meningkatkan peredaran darah.
♥ Tips 5: Berhenti merokok
Rasanya semua orang pun tahu akan keburukan rokok pada manusia. Nikotin dalam rokok akan mengurangkan kadar oksigen dalam jantung, meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung, meningkatkan risiko penggumpalan darah dan merosakkan dinding pembuluh darah dalam jantung.
Karbon dioksida yang disedut dari asap rokok akan mengambil alih sebahagian komposisi oksigen di dalam darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras bagi mencukupkan kadar oksigen di dalam darah.
♥ Tips 6: Bersenam
Sesibuk mana sekalipun, carilah masa untuk melakukan senaman minimum 30 minit setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Lakukan senaman kardiovaskular seperti berlari, berbasikal dan berenang untuk pernafasan yang lebih baik dan juga meningkatkan tahap kesihatan jantung.
♥ Tips 7: Senyum
Tips yang paling mudah dilakukan untuk jantung yang sihat adalah senyum. Senyum dan ketawa dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan beban salur darah dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
♥ Tips 8: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
Elakkan makan makanan segera, kandungan garam, kolestrol, gula, bahan perasa dan bahan pengawet yang tinggi di dalam makanan yang mampu membuatkan anda obes. Jantung anda akan mengundang masalah dan juga penyakit-penyakit kronik.
♥ Tips 9: Kerap minum air
Setiap berat badan 25kg memerlukan 1 liter air sehari. Jadi pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya mengikut keperluan berat anda. Minumlah air dengan mencukupi agar peredaran darah dan tugas jantung kita menjadi lebih lancar.
♥ Tips 10: Amal Suplemen Semulajadi
Pengambilan suplemen yang bagus dan natural adalah salah satu langkah untuk menjaga jantung dan juga menguatkan daya ketahanan tubuh manusia.
Saya pilih 3 suplemen semulajadi untuk penjagaan jantung saya.
♥ Vivix (1 botol – RM503.50 incl. GST)
Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.
♥ OmegaGuard (1 botol – RM144.43 incl. GST)
Omega Guard yang diperkaya dengan Omega 3 sangat berkait rapat dengan penjagaan jantung. Ia mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.
Spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.
♥ Phytocol-ST (1 botol – RM209.35 incl. GST)
Phytocol-ST pula untuk mereka yang berkolestrol tinggi, gemar memakan makanan berminyak. Dengan pengambilannya sebelum makan dapat menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.

Kalau kira keseluruhan suplemen ni berjumlah, RM857.28 termasuk GST. Tapi saya bayar kurang daripada RM700 sebab saya member Shaklee. Itulah kelebihan jadi member Shaklee. Lebih jimat untuk kesihatan badan sendiri
Kalau berminat mau order, whatsapp saja. Kalau boleh, banyak benda lagi saya mau kongsi, tapi jadi stress nanti kamu. Hehe..Senyumlah sikit..
Girllyen Marcie
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
SID: 1069806
Phone: 0168128716