3 Tips Kerja Offshore

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman pertama kali naik ke pelantar minyak. Asal dengar saja pelantar minyak, semua orang mesti anggap orang yang kerja di pelantar minyak ini, gaji dia beribu ribu lemon. Hakikatnya makan lemon saja lebih itupun kadang kadang lemon tidak sampai, tidak semua bernasib baik seperti yang disangkan, biasalah cari makan.

Jadi? Apa syarat atau kelayakan masuk offshore? Bergantung dengan jawatan yang kamu mahu. Kalau catering crew, lain lagi kelayakan dia. Perkara paling penting sebelum ke offshore adalah:

1) Pemeriksaan Kesihatan – Ini PALING PENTING dan bukan check demam atau tidak, lepas tu boleh naik offshore. Dia akan check semua aspek termasuk ada penyakit kronik atau tidak. Kalau kolesterol tinggi, diabetes, tinggi darah, memang sangat tipislah harapan kamu kecuali pengalaman kamu memang diperlukan di offshore, itupun kalau doktor sahkan kamu boleh masuk offshore selama tempoh yang ditetapkan.

2) BOSIET Training – Basic Offshore Safety Induction and Emergency Traning. Ini kalau tiada gerenti tidak boleh naik offshore. Dan ada company yang kena ada OPITO approved. Paling tidak pun kena ada Safety Training dan HUET.

Tips_Offshore
Inilah rupa helideck yang kami jejak setiap kali datang dan pergi

3) Training lain yang berkaitan dengan jawatan yang dipilih. Contohnya jadi rigger, kenalah ambil course rigging & slinging. Bukan Ringing and Singing ok?

Kelebihan bekerja di pelantar (bergantung dengan lokasi):

1) Pekerja pelantar tidak terdedah dengan kesesakan lalu lintas setiap hari ke pejabat
2) Tidak pakai duit selama berada di pelantar (Jimatlah katakan)
3) Makan minum ditanggung sepenuhnya
4) Cabin dikemaskan setiap hari
5) Berpeluang naik cruise percuma *Mabuk laut percuma
6) Berpeluang naik helicopter
7) Gym percuma

Offshore_Job
Kemudahan Gym dekat offshore – Mesti kena sentiasa fit

Keburukannya pula:

1) Jauh dari keluarga (confirmlah)
2) Risiko kemalangan yang dasyat
3) Sudah masuk pelantar, susah mau balik darat (kes pindah kerja)
4) Tidak dapat balik on time apabila ada kecemasan
5) Tiada Line Telefon (DiGi pun tiada biarpun dia cakap I will follow you)
6) Line internet macam zaman batu, ada yang langsung tiada internet.
7) Risiko terjun laut
8) Boleh jadi gila

Sebenarnya, sekarang pun sudah hampir separuh gila menaip semua ni. (Biasalah, menunggu hari mau pulang)

Platform sebenarnya banyak jenis, ada platform yang menghasilkan minyak, ada yang menghasilkan gas, dan ada yang kedua duanya sekali. Antara jawatan yang ada di offshore adalah:-

1) OIM – Offshore Installation Manager
2) Maintenance Supervisor
3) Production Supervisor
4) Production Technician
5) Mechanical Technician
6) Instrument Technician
7) Electrical Technician
8) Radio Operator
9) Camp Boss
10) Cook

Dan banyak lagi. Jadi, jangan selalu anggap asal dengar kerja offshore saja gerenti engineer. SAYA BUKAN ENGINEER.

I am The Voice.

Cari_Kerja_Offshore
Walau apa pun pekerjaan yang kita lakukan, sentiasalah bersyukur

Okay, that’s all for now. Cerita lagi di lain hari. Selamat berhujung minggu! (Oh, Offshore tiada istilah hujung minggu. Hari hari kerja kecuali offday. ☻)

 

Advertisement