Mesti musim Raya ni, ramai yang sudah turun berat waktu Ramadhan, naik badan lagi lepas Raya kan? Yang penting, gaya hidup sihat mesti diteruskan, jangan tidak makan, senaman pun jangan dilupakan. Setengah jam sehari pun sudah memadai. Bagi yang rasa tiada masa untuk bersenam sebab sibuk beraya tu, rajin rajinlah bergerak dalam rumah dan paling senang, buat senaman pagi setiap kali bangun dari tidur. 30 minit saja tu, tidak lama.
Siapa tidak kenal buah Timun?
Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.
Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
1) Membantu Hidrasi Badan
Apabila kita minum air yang cukup, bukan sahaja membantu hidrasi badan, tapi mengekalkan suhu badan yang betul, membantu sistem kardiovaskular, dan membantu membersihkan toksin. Minum air yang cukup akan memberikan anda lebih tenaga dan membantu organ anda melakukan tugas seharian dengan lebih baik. Air yang dicampur dengan timun menambah sedikit perasa yang menjadikan anda lebih cenderung untuk minum lebih kerap, dan membantu anda terus terhidrat sepanjang hari. Untuk hasil yang terbaik, pastikan anda menggunakan air yang di tapis atau boleh dapatkan Get Clean Water Shaklee yang menapis air dengan mudah di mana mana sahaja.
2) Menyediakan vitamin dan mineral tambahan
Air timun baik untuk badan tapi tidak bermakna memberikan sumber vitamin yang secukupnya. Anda boleh menambah vitamin dalam diet harian anda, seperti salad. Boleh juga cuba resepi smoothies timun yang baik untuk antioksidan tambahan.
3) Menurunkan Tekanan Darah
Penjagaan tekanan darah adalah sangat penting bagi menghalang daripada serangan penyakit seperti strok, serangan jantung, penyakit buah pinggang dan penyakit kronik yang lain. Minum air dalam kadar yang berpatutan juga, jangan sampai terlebih air pula. Formulanya minum air yang betul? 1liter bagi setiap 25kg, jadi kalau berat kamu 75kg, maksudnya keperluan air seharian adalah 3 liter.
4) Penahan Lapar
Segelas air timun mampu melambatkan rasa lapar sehingga waktu makan yang sepatutnya. Bagi yang gemar makan snek malam, eloklah digantingkan dengan timun. Apabila mendapat isyarat lapar sebelum waktu makan, cepat-cepat makan timun. Perlu diingatkan, untuk kurus bukanlah dengan berlapar seharian tapi kerap makan dengan kuantiti yang betul.
5) Melicinkan Kulit
Timun juga baik untuk kulit. Sesuai dengan cuaca di Malaysia, dengan amalan minum air timun atau snek timun ini akan membantu anda mendapatkan kulit yang licin juga. Boleh jadikan mask muka juga.
6) Antioksidan dan bahan detox
Air timun boleh membantu dalam program detoks. Ia mengandungi antioksidan yang akan membantu memerangi radikal bebas dan membersihkan toksin yang terkumpul akibat penghidratannya. Detoks tidak semestinya sekali atau dua kali setahun tapi dengan mengamalkan diet seimbang, kamu akan berasa hebat sepanjang tahun.
Cara Membuat Air Timun atau lebih dikenali sebagai infuse water
1) Potong yang dibersihkan, kulit dikupas (bergantung dengan pilihan anda) hiris timun 1/2 inci.
2) Campurkan kepingan timun di dalam air, dan tambah dengan ais. Biarkan sekurang-kurangnya sejam. (Untuk hasil yang terbaik, biarkan ia disimpan semalaman dalam peti sejuk.)
*Boleh juga di campur Lemon/Pudina/Nenas sesuai dengan kesukaan anda.
Selamat mencuba!