Hello semua, selamat melangkah ke bulan Februari. Hari ini saya mau kongsikan aktiviti saya awal bulan Februari ini. Dan mestilah yang berkaitan dengan tajuk kan? Janganlah saspen.
Tahun lalu, saya terima email dari Shaklee yang mengatakan saya dijemput untuk menghadiri 2018 Shaklee Business Leaders National Conference (BLNC). Majlis ini adalah khas untuk member Shaklee yang sudah bergelar pemimpin, dari Supervisor sampailah Master dengan syarat kenalah efektif sekurang-kurangnya 3 bulan dalam tahun pusingan 2017.
Kali ini BLNC diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 3 February 2018. Masanya pula bermula daripada jam8 pagi sampai jam5.30 petang. BLNC membincangkan plan business Shaklee untuk tahun 2019 dan seterusnya membongkar produk baru yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Yang paling teruja adalah rangkaian penjagaan kulit YOUTH™ akan dilancarkan pada Mac 2018. Tanpa fikir panjang, saya terus RSVP kehadiran sekali dengan suami tercinta.
Lepas RSVP, check tiket pula. Pada mulanya fikir mau buat day trip saja, oleh kerana ini adalah pertama kali dapat jemputan ke BLNC, saya mengambil peluang untuk melawat sepupu yang terkasih di semenanjung. Rezeki yang saya terima semua ini tidaklah berhasil tanpa usaha dan sokongan dari keluarga. Jadi saya angkut anak dan suami sekali akan tetapi suami pula ada training lain masa waktu yang sama. Saya dan anak sajalah yang terbang ke semenanjung sehari sebelum BLNC.
Oleh kerana teruja dengan BLNC, saya packing barang untuk saya dan anak 2 hari sebelum terbang ke KL. Apabila kita suka buat sesuatu, pasti ada dorongan yang membuatkan kita berusaha untuk bersungguh-sungguh bukan? Harapan saya, tahun depan saya akan bawa anak anak Shaklee saya juga bersama sama ambil pengalaman yang membuatkan saya teruja ini.
Saya akan kongsikan pengalaman ketika saya berada di BLNC di post yang akan datang. Subuh nanti saya kena terbang ke Miri untuk kembali bertugas. Ya, baru saja sampai KK berapa jam tadi, beberapa jam lagi kena terbang lagi ke Miri untuk kembali bertugas karier yang saya sangat sayang juga. Selamat malam (atau selamat subuh?) Jangan lupa, kalau berminat jadi business partner saya whatsapp saja saya ya? 016-8128716 (Whatsapp buka 24 jam)
One thought on “Best Atau Tidak Jadi Shaklee Leader?”