TIPS KEKAL JELITA & MUDA DENGAN SERBUK KOLAGEN & VITAMIN C

Penghasilan kolagen secara semulajadi menurun seiring dengan peningkatan usia, menyebabkan kehilangan keanjalan, ketegangan, penghasilan kedutan dan garis halus. Sementara itu, pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan tekanan mengurangkan tahap Vitamin C anda. Pengambilan secara tetap Vitamin C dan kolagen telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam persepsi penampilan kulit dan pengurangan kedutan yang jelas. Kedua-dua sahabat baik kulit ini bekerjasama memberikan anda peningkatan kesihatan kulit yang ketara!
kol
♥ Kelebihan Kolagen Shaklee
• Membekalkan 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti dan diekstrak dari sisik Ikan Merah
• Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6
• Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi
• Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja

♥ Vitamin C
• Produk semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrakjagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif
• Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam
• Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya

Kini ada promosi beli 4 kotak Collagen Powder dan 1 Sustained Release Vita-C Plus™, discount 10% dan FREE MEMBERSHIP!
Whatsapp now_ Girllyen 0168128716
►Harga bukan member RM1230.18
►Untuk member kurang daripada RM1000.
►Promosi sah sehingga 28 Februari 2018 sahaja.

Order sekarang: Girllyen 0168128716

 

Advertisement

5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS AMBIL KOLAGEN HARI INI!

Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan, terutamanya kulit. Ketahui mengapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen optimum dalam badan dan kenapa kita perlu bermula hari ini!

fulminan-2336699_960_720

1) KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG

30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan.
Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut![1]

2) KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan [2], fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda.

girl-3141766_960_720.jpg

3) KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4) PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN. OH TIDAK!!

Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya [3,4]. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang!

smartphone-1987212_960_720

5) KOLAGEN KITA ROSAK SETIAP HARI

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV, anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.

Dapatkan kolagen Shaklee hari ini. Promosi beli kombinasi set ini masih lagi berlangsung sampai 28 Februari 2018 sahaja. Dapatkan diskaun 10% sahaja sekarang. Jangan missed out ok?

– 4 x Collagen Powder
– 1 x Sustained Release Vita-C Plus™

Sementara stock masih ada.

Whatsapp: http://girllyen.wasap.my sekarang.

201802_Promotion_YouthfulSet_EN

Rujukan:

[1] Asserin, J., Elian Lati, Toshiaki Shioya, Janne Prawitt. The effect of oral collagen peptide supplementation on skin moisture and the dermal collagen network: evidence from an ex vivo model and randomized, placebo-controlled clinical trials. Journal of Cosmetic Dermatology, 14, 291—301.

[2] O. Bruyère, B. Zegels, L. Leonori, V. Rabenda, A. Janssen, C. Bourges, J.-Y. 2012. Effect of collagen hydrolysate in articular pain: A 6-month randomized, double-blind, placebo controlled study. Complementary Therapies in Medicine, Volume 20, Issue 3, Pages 124-130.

[3] Why does skin wrinkle with age? What is the best way to slow or prevent this process?. The Science. Scientific American. https://www.scientificamerican.com/article/why-does-skin-wrinkle-wit/

[4] Varani, J., Dame, M. K., Rittie, L., Fligiel, S. E. G., Kang, S., Fisher, G. J., & Voorhees, J. J. (2006). Decreased Collagen Production in Chronologically Aged Skin�: Roles of Age-Dependent Alteration in Fibroblast Function and Defective Mechanical Stimulation. The American Journal of Pathology, 168(6), 1861–1868. http://doi.org/10.2353/ajpath.2006.051302

Set Permulaan YOUTH Shaklee

Saya percaya kecantikan semua bermula dari dalam. Namun semakin meningkat umur ni, semakin pandai kita menjaga dalaman dan luaran, semakin rasa konfiden. Apa lagi yang sudah bergelar isteri dan punya anak bukan?
set permulaan youth™
YOUTH™ yang akan dilancarkan bulan March nanti untuk Full Set. Bagi set permulaan pula, mungkin akan dijual bermula pada bulan Mei 2018. Saya kongsikan panduan penggunaan Set Permulaan YOUTH dulu ya?
Cleanser
Langkah 1:
LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Membersih, menghalus dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri.

Picit pembersih muka sebesar saiz kacang pea ke atas tapak tangan yang basah, ratakan ke seluruh wajah dan bilas.
skintoner
Langkah 2:
PERFECTING SKIN TONER

Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda.

Basahkan kepingan atau bebola kapas dengan toner dan sapukan ke seluruh wajah anda.
spf50
Langkah 3 (Siang):
AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit anda serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.

Ambil setitik pelembap di hujung jari, titikkan pada seluruh muka, dan sapukan ke atas kulit.
light
Langkah 3 (Malam):
ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM

Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.

Letakkan krim di hujung jari, titikkan pada seluruh muka dan leher. Ratakan pada keseluruhan kulit.
rich
3 Langkah mudah setiap pagi dan juga malam untuk kulit yang lebih sihat. Tempah sekarang dengan whatsapp saya ke nombor 0168128716 atau klik saja link ini.
.
http://girllyen.wasap.my

Unboxing Youth™ Skin Care

Seperti yang saya katakan dalam Best Atau Tidak Jadi Shaklee Leader? saya tidak sabar untuk kenal produk baru YOUTH™ yang baru saja diperkenalkan oleh Shaklee. Penjagaan Kulit Rangkaian Youth™ akan dilancarkan secara rasmi pada bulan March 2018 ini. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang untuk mengelakkan kehabisan stok.

Saya kongsikan video Unboxing YOUTH™ Skin Care sempena promosi BLNC yang lalu. Jangan lupa subscribe channel YOUTUBE saya ya? Jumpa lagi dalam posting yang akan datang.

 

Mau order YOUTH™? Whatsapp 0168128716 sekarang.

Penjagaan Kulit Rangkaian Youth™

Rangkaian Penjagaan Kulit Youth™ direka khas untuk memastikan dunia sekeliling melihat anda seperti bagaimana anda melihat diri sendiri dengan memperbaharui sel-sel kulit anda supaya bertindak lebih muda. Janji kami adalah rangkaian penjagaan kulit YOUTH bukan sahaja menambah baik kesihatan kulit anda secara dramatik malah dijamin mampu mengubah usia kulit anda untuk kembali muda.

1) Luminious Oil Cleanser
3-dalam -1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.

2) Perfecting Skin Toner
Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.

3) Youth Activating Serum
Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda tampak lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan Utama
YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul

4) Age Defense Moisturizer – SPF 50 – Siang
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindungi daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrien botani melembapkan kulit anda dan menambah baikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama
SPF 50, Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract

4) Advanced Renewal Night Cream – Light (Untuk Malam)
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

5) Radiance C+E
Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel rasberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara kesuluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

Untuk pre order, whatsapp saya di talian 016-8128716. Atau link terus di sini.

Best Atau Tidak Jadi Shaklee Leader?

Hello semua, selamat melangkah ke bulan Februari. Hari ini saya mau kongsikan aktiviti saya awal bulan Februari ini. Dan mestilah yang berkaitan dengan tajuk kan? Janganlah saspen.

Tahun lalu, saya terima email dari Shaklee yang mengatakan saya dijemput untuk menghadiri 2018 Shaklee Business Leaders National Conference (BLNC). Majlis ini adalah khas untuk member Shaklee yang sudah bergelar pemimpin, dari Supervisor sampailah Master dengan syarat kenalah efektif sekurang-kurangnya 3 bulan dalam tahun pusingan 2017.

Kali ini BLNC diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 3 February 2018. Masanya pula bermula daripada jam8 pagi sampai jam5.30 petang. BLNC membincangkan plan business Shaklee untuk tahun 2019 dan seterusnya membongkar produk baru yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Yang paling teruja adalah rangkaian penjagaan kulit YOUTH™ akan dilancarkan pada Mac 2018. Tanpa fikir panjang, saya terus RSVP kehadiran sekali dengan suami tercinta.

Lepas RSVP, check tiket pula. Pada mulanya fikir mau buat day trip saja, oleh kerana ini adalah pertama kali dapat jemputan ke BLNC, saya mengambil peluang untuk melawat sepupu yang terkasih di semenanjung. Rezeki yang saya terima semua ini tidaklah berhasil tanpa usaha dan sokongan dari keluarga. Jadi saya angkut anak dan suami sekali akan tetapi suami pula ada training lain masa waktu yang sama. Saya dan anak sajalah yang terbang ke semenanjung sehari sebelum BLNC.

Oleh kerana teruja dengan BLNC, saya packing barang untuk saya dan anak 2 hari sebelum terbang ke KL. Apabila kita suka buat sesuatu, pasti ada dorongan yang membuatkan kita berusaha untuk bersungguh-sungguh bukan? Harapan saya, tahun depan saya akan bawa anak anak Shaklee saya juga bersama sama ambil pengalaman yang membuatkan saya teruja ini.

Saya akan kongsikan pengalaman ketika saya berada di BLNC di post yang akan datang. Subuh nanti saya kena terbang ke Miri untuk kembali bertugas. Ya, baru saja sampai KK berapa jam tadi, beberapa jam lagi kena terbang lagi ke Miri untuk kembali bertugas karier yang saya sangat sayang juga. Selamat malam (atau selamat subuh?) Jangan lupa, kalau berminat jadi business partner saya whatsapp saja saya ya? 016-8128716 (Whatsapp buka 24 jam)

#DiariDetoxGirllyen – Hari 4

Selamat hari minggu semua. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita semua. Ini pagi saya terlupa mau ambil gambar timbangan, tapi tidak apa, saya ambil saja waktu tengahari tadi. Janji ada ambil untuk rekod perjalanan detox. Berat sebelum makan tengahari tadi adalah 72.6kg, 100gram kurang daripada semalam. Biasanya saya timbang setiap bangun pagi.

Masuk hari ke-4 #DiariDetoxGirllyen sudah, bermakna ada 3 hari lagi untuk complete detox menyeluruh bagi 7 hari. Tapi tidak bermakna sudah selesai, cuma makanan bagi hari seterusnya akan ikut pelan hari ke-7, tidak sengsara makan sayur mentah saja.

Pelan makanan hari ke-4 adalah TENAGA. Jadi hari ini boleh sudah minup ESP. Happy! Sumber protein yang baik meningkatkan jisim otot, memberi anda tenaga dari sejam ke jam seterusnya, dan membantu anda pergi lebih jauh!

Hari ke-4 #DiariDetoxGirllyen dimana semua adalah tenaga. Dengan pengambilan ESP smoothie buah buahan di dalam hidangan memastikan saya kekal bertenaga. .

Besok boleh makan dada ayam atau tuna sudah. 😅 Setakat ini, saya rasa kulit saya semakin halus, bersenam pun rasa biasa saja. Makan salad tiada masalah sudah. Lagi suka. Tapi stock habis sudah, besok kena shoppig sayur lagi.

Mudah mudahan tercapai impian untuk dapat 68kg. Yakin boleh! Kurus bukan tujuan saya, tapi untuk dapatkan BMI yang normal dan juga tenaga berterusan, tanpa was was.

Jumpa besok! Selamat malam. ☺️

#FocusNinja

img_0318

img_0320img_0321img_0349img_0350

#DiariDetoxGirllyen – Day 3

#DiariDetoxGirllyen hari ketiga, berat turun lagi ke 72.7kg. Mari kita imbas berat dari hari pertama sampai hari ketiga ni..

Hari 1 – 74.6kg

Hari 2 – 73.9kg

Hari 3 – 72.7kg

.

Ada penurunan 1.2kg berbanding semalam. Itulah hasil konsisten dengan pelan pemakanan dan cardio selama 1 jam.

.

Hari ketiga adalah WARNA. Serikan hidangan dengan campuran buah-buahan serta sayur-sayuran dari pelbagai WARNA.

.

Vitamin dan mineral dari buah dan sayur pelbagai warna membantu mengaktifkan enzim detox yang memusnahkan toksin serta mengelakkan kemusnahan pada sel.

.

Banyak penurunan. Biasanya 3 hari pertama detox memang banyak turun. Maksudnya, makanan yang kita makan itu sangat mempengaruhi berat badan kita. Dan untuk tubuh badan yang sihat, lengkapkan dia dengan suplemen yang semestinya Shaklee.

.

Kalau mau order, whatsapp Girllyen 0168128716z

.

http://girllyen.wasap.my

.

#JomDetox

#MauKurus

#MauSihat

#JagaHati

#DiariDetoxGirllyen – Day 2

Masuk hari kedua #DiariDetoxGirllyen. Hari kedua biasanya sangat mencabar, sebab nafsu makan daging atau ikan macam dihujung lidah. Kalau tidak kuat iman, boleh terjunam jatuh juga. Syukurlah bertahan sampai hari ini. Oleh kerana ada penurunan berat, saya gagahkan diri untuk tempuhi hari kedua dengan penuh sabar.

Untuk hari kedua, semua menu makanan adalah SUP. Sup detoks memerlukan campuran kandungan yang paling sihat sebanyak mungkin didalam satu mangkuk untuk membuang segala lemak.

SARAPAN SUP SAYUR
Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu makan
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun
(lobak, timun, bendi, daun salad, kobis, bayam, roket salad)
1 mangkuk
Alfalfa Complex 5 tablet
DTX Complex 3 tablet
Vivix 1 sudu teh
MAKAN TENGAH HARI SUP SAYUR
Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu teh
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun 2 mangkuk
Peppermint Ginger Plus 3 tablet
Buah bersaiz sederhana 1 biji
MAKAN MALAM SUP SAYUR
Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu teh
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun 2 mangkuk
Buah bersaiz sederhana 1 biji
Sebelum tidur
Herb-Lax (for occasional use) 4 tablet
Alfalfa Complex 5 tablet
SNEK* Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu teh
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun 1 mangkuk
Buah bersaiz sederhana 1 biji

* Anda boleh mengambil snek diantara setiap waktu makan yang utama.

Ini pula makanan saya untuk hari ini. Air 3 liter jangan kurang ya?

KESAN POSITIF DETOKS
Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu.

Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:

1. PENGURANGAN BERAT BADAN
Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

2. MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)
Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.

3. MEMBERI TENAGA
Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!

4. MENGURANGKAN NAFSU MAKAN
Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).

5. KULIT LEBIH CANTIK
Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya?

6. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Radikal yang percuma! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

7. TIDUR LEBIH LENA
Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan secara percuma. Radikan percuma, juga mengakibatkan hormone tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.

IMG_0203[1]

Dan ini pula aktiviti saya hari ini, biarpun tengah detox, saya masih bertenaga untuk membuat cardio training selama 1 jam sekitar jam6-7 tadi. Untuk menu esok, makanan pelbagai warna, tidak sabar!

Lanjutkan pesanan produk Shaklee atau keahlian ke whatsapp saya 016-8128716.

#DiariDetoxGirllyen – Day 1

November sudah tiba, masa untuk detox sebelum bulan krimas dan sambutan tahun baru. Ini kali saya mau rekod perjalanan 7 hari detox, dan kalau tiada aral melintang sehingga hari ke 30. Sebelum mula detox, beli set Detox Shaklee dulu, dan ikut pelan yang dicadangkan. Sebaiknya beli full set Detox dan ikut pelan detox yang dicadangkan supaya dapat result yang bagus. Baca #DiariDetoxGirllyen – Siri November kalau kurang faham.

Apa sebenarnya objektif saya mau detox? Semestinya untuk hati yang sihat. Berat badan yang ideal, dan tenaga yang berpanjangan. Dulu sebelum kenal Shaklee Detox, berat saya 82kg, dan selepas kenal Shaklee Detox ni, saya turun sehingga berat sekarang 74.6kg. Untuk mendapatkan BMI yang sesuai dengan tinggi saya, saya kenalah turun sampai 68kg. Untuk mendapatkan berat yang ideal, kenalah secara sihat kan? Kalau turun cepat pun bukan bagus. So, ini saiz badan saya sekarang. Perut masih lagi macam preggy 3 bulan. Harap lepas dapat berat 68kg, saya maintain sampai bila-bila.

IMG_0144[1]

Pengenalan untuk 7 hari Pelan Detox sebagai permulaan baru ke arah kesihatan yang lebih baik.

Hari 1: Mulakan dengan salad yang sihat dan lazat serta kaya dengan SERAT.
Hari 2: Makan secara sihat dengan SUP sayur-sayuran.
Hari 3: Serikan hidangan dengan campuran buah-buahan serta sayur-sayuran dari pelbagai WARNA.
Hari 4: Sertakan sekali pengambilan protein smoothie buah-buahan kedalam hidangan bagi memastikan anda kekal BERTENAGA.
Hari 5: Teruskan pengambilan hidangan yang lebih berprotein untuk memastikan anda terus CERGAS.
Hari 6: Anda kini boleh mengambil KARBOHIDRAT dalam makanan anda.
Hari 7: Anda akan rasa lebih sihat dan SEGAR!

Dari pengenalan pun kamu sudah tau karbohidrat hanya dapat diambil pada hari ke-6, maksudnya, tiada nasi untuk 5 hari. Sanggup atau tidak? Terpulang dengan kemahuan kamu untuk sihat atau tidak. Dari sendiri bah itu.

Untuk hari 1, Semua adalah SERAT. Mulakan pengembaraan Detoks anda dengan Serat untuk membuang segala sisa pepejal dari tubuh anda dan meneutralkan sistem pencernaan anda.

Pelan Detoks Cara Shaklee Hari 1 

SARAPAN HIDANGAN SALAD & BUAH-BUAHAN
– Buah bersaiz sederhana – 1 biji
– Sos salad – 1 sudu makan
– Sayuran berdaun hijau yang mentah (Daun salad, kobis) – 1 cawan
– Alfalfa Complex – 5 tablet
– DTX Complex – 3 tablet
– Vivix – 1 sudu teh

MAKAN TENGAH HARI HIDANGAN SALAD & BUAH-BUAHAN
– Sos salad – 1 sudu teh
– Sayuran berdaun hijau yang mentah (Daun salad, kobis) – 2 cawan
– Peppermint Ginger Plus – 3 tablet
– Buah bersaiz sederhana – 1 biji

IMG_0137[1]

MAKAN MALAM HIDANGAN SALAD & BUAH BUAHAN
– Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya – 1 sudu teh
– Sayuran berdaun hijau yang direbus (Daun salad, kobis) – 2 cawan
– Buah bersaiz sederhana – 1 biji

*Sebelum tidur- Herb-Lax (for occasional use) – 4 tablet
– Alfalfa Complex – 5 tablet

IMG_0138[1]

SNEK*- Buah bersaiz sederhana – 1 biji
– Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya – 1 sudu teh
– Sayuran berdaun hijau yang direbus – 1 cawan

*Anda boleh mengambil snek diantara setiap waktu makan yang utama.

Bukan jaga makanan saja waktu detox, tapi senaman ringan pun kena ada tau. Kalau ada fitness watch, bolehlah rekod aktiviti harian. Kalau tiada, boleh download apps macam runkeeper, untuk rekod aktiviti harian juga. Barulah konsisten. Oklah, sudah jam10 ni, rasa mengantuk sudah. Saya mau dapatkan tidur yang lena ni. Kita sambung detox besok. Selamat malam!

IMG_0145[1]

Kalau mau beli Set Detox Shaklee, whatsapp saya 016-8128716 ya?