YOUTH™ Kekal Muda, Jelita

Saya baru sahaja sampai Miri, cuaca waktu sampai Miri tadi agak kurang baik. Hujan lebat dan pandangan pun kurang memuaskan. Agak berkabus sedikit. Sampai saja airport tadi, terus ambil teksi dan menuju tempat sarapan dan sekali berjumpa dengan kawan sekerja. Biasanya saya lebih berminat ambil Grab tapi dengan polisi syarikat, saya kenalah ambil teksi sekiranya waktu business travel. Saya bersyukur syarikat kami sentiasa menjaga keselamatan dan memastikan keperluan asas seperti makan dan tempat tidur terjamin waktu outstation.

Semalam saya berjanji untuk berkongsi pengalaman BLNC bukan? Ini adalah salah satu berita yang paling hangat dikatakan orang sekarang ini. Sejak dari BLNC, saya sendiri tidak dapat move on tanpa YOUTH™. Sehingga sanggup bawa beg YOUTH™ ke Miri (sebab belum sempat unboxing lagi). Saya bukanlah jenis perempuan yang suka bawa banyak barang. Biasanya 1 beg laptop itu sahaja. Sudah menjadi kebiasaan bila jumpa pemandu teksi yang hairan saya juga membekalkan 1 beg saja.

Bagaimana jika anda boleh kelihatan lebih muda, jelita? Inilah soalan yang ditujukan kepada kami waktu BLNC. Tergamam juga dan berfikir panjang apa yang patut saya jawab. Pasal kenapa? Mestilah mau kan? Cuma ragu-ragu, sebab usia itu kan sudah pasti? Maksudnya, sekarang kita boleh muda kembali dan bukannya muda dari hati atau dalaman sahaja. Wow! Sangat memberi semangat.

Pendaftaran BLNC bermula jam 8 pagi diikuti dengan sarapan pagi yang disediakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 3 Februari 2018. Saya keluar dari rumah sepupu terus ambil Grab dan menuju ke destinasi. Sampai Sunway Pyramid dalam jam9 pagi sebab mahu sama masa sampai dengan upline saya yang baru sampai KLIA2 dari KK pada jam8.15 pagi. Sementara menunggu kedatangan upline dan kawan yang lain. Saya terus menuju ke Sunway Pyramid Convention Centre sendirian. Sejak dengan Shaklee, saya belajar menghadapi keadaan dimana saya kena lakukan sendirian. Siapa pernah rasa janggal berjalan seorang ke suatu majlis yang terdiri daripada pemimpin hebat? Saya! Namun saya tembus tembok itu. Sebab Shaklee adalah seperti satu keluarga yang luar biasa bagi saya.

Tibanya disana, sudah ramai leaders yang membuat pendaftaran dan menjamu selera sarapan pagi. Saya terus menuju ke arah teh dan kopi area untuk ambil 1 gelas teh panas tanpa gula lalu menghirup teh panas seolah olah seorang perempuan yang gagah menjaga keselamatan negara. Biasalah, wonder mother kan. Jangan ketawa. Di luar dewan juga ada YOUTH™ booth, susunan yang sangat cantik sehingga saya lupa ambil detik detik susunan yang sangat detail pada waktu itu. Maaf, sudah terlambat. Waktu itu ada juga Skin Analysis, tapi ramai sangat sampai tiada peluang untuk sendiri.

Highlight yang paling mengujakan pada hari itu adalah Set Penjagaan Kulit YOUTH™ ini. Akan dilancarkan di Malaysia pada Mac 2018. Juga ada bengkel bengkel untuk YOUTH™ dan tiket akan mula dijual pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Saya akan kongsikan apabila sudah diumumkan ya? Jom kenali YOUTH™ dahulu.

Set Permulaan – YOUTH™

Set penjagaan kulit yang mudah dan ringkas untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit anda untuk mengekalkan keremajaan.

  1. Luminious Gel Oil Cleanser (Pagi+Malam)
  2. Perfecting Skin Toner (Pagi+Malam)
  3. Age Defense Moisturizer – SPF 50 (Pagi)
  4. Advanced Renewal Cream (Malam)

Set Memperbaharu dan Mengekalkan – YOUTH™

Set penjagaan kulit yang mudah ini adalah untuk membantu mencegah dan merawat semua tanda-tanda penuaan, meningkatkan seri dan menjadikan kulit anda bertindak lebih muda.

  1. Luminious Gel Oil Cleanser (Pagi+Malam)
  2. Perfecting Skin Toner (Pagi+Malam)
  3. Youth Activating Serum (Pagi+Malam)
  4. Age Defense Moisturizer – SPF 50 (Pagi)
  5. Advanced Renewal Cream (Malam)
  6. Radian C+E (Malam) – Tambah untuk kulit yang lebih berseri.

Set Rawatan Intensif dan Pemulihan

  1. Luminious Gel Oil Cleanser (Pagi+Malam)
  2. Perfecting Skin Toner (Pagi+Malam)
  3. Youth Activating Serum (Pagi+Malam)
  4. Age Defense Moisturizer – SPF 50 (Pagi)
  5. Advanced Renewal Cream (Malam)
  6. Radian C+E (Malam) – Guna 2-3 kali seminggu atau setiap hari pada waktu malam, mengikut keperluan.

Untungnya yang datang BLNC, pada mulanya kami boleh beli 2 Set Penjagaan Kulit YOUTH™ dan daripada update terkini, saya boleh beli 2 set tambahan lagi. Jadi untuk Shaklee Member yang berminat mau cuba sebelum produk dilancarkan Mac 2018 nanti, whatsapp saya di talian 016-8128716 ya? Kelebihan beli dari saya adalah sebab anda boleh jimat sehingga RM480 daripada harga sebenar dan terdapat demo kit sekali. Apa tunggu lagi? Whatsapp sekarang.

8 thoughts on “YOUTH™ Kekal Muda, Jelita

Leave a comment