Selamat hari minggu semua. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita semua. Ini pagi saya terlupa mau ambil gambar timbangan, tapi tidak apa, saya ambil saja waktu tengahari tadi. Janji ada ambil untuk rekod perjalanan detox. Berat sebelum makan tengahari tadi adalah 72.6kg, 100gram kurang daripada semalam. Biasanya saya timbang setiap bangun pagi.
Masuk hari ke-4 #DiariDetoxGirllyen sudah, bermakna ada 3 hari lagi untuk complete detox menyeluruh bagi 7 hari. Tapi tidak bermakna sudah selesai, cuma makanan bagi hari seterusnya akan ikut pelan hari ke-7, tidak sengsara makan sayur mentah saja.
Pelan makanan hari ke-4 adalah TENAGA. Jadi hari ini boleh sudah minup ESP. Happy! Sumber protein yang baik meningkatkan jisim otot, memberi anda tenaga dari sejam ke jam seterusnya, dan membantu anda pergi lebih jauh!
Hari ke-4 #DiariDetoxGirllyen dimana semua adalah tenaga. Dengan pengambilan ESP smoothie buah buahan di dalam hidangan memastikan saya kekal bertenaga. .
Besok boleh makan dada ayam atau tuna sudah. 😅 Setakat ini, saya rasa kulit saya semakin halus, bersenam pun rasa biasa saja. Makan salad tiada masalah sudah. Lagi suka. Tapi stock habis sudah, besok kena shoppig sayur lagi.
Mudah mudahan tercapai impian untuk dapat 68kg. Yakin boleh! Kurus bukan tujuan saya, tapi untuk dapatkan BMI yang normal dan juga tenaga berterusan, tanpa was was.
Jumpa besok! Selamat malam. ☺️
#FocusNinja